Semalam saya menghabiskan masa menyiapkan kad yang ditempah adik saya. Katanya untuk display di pejabat dia. Temanya pop up perkataan "Dama Design and Build" yang merupakan nama syarikat tempat dia bekerja. Then ada 'bangunan' untuk menggambarkan nature syarikat dibawah Nordin Group ini. Warna utama adalah kelabu dan merah.
Bahagian yang paling rumit adalah untuk menyiapkan perkataan "Dama Design and Build." Saya trace atas kertas 230gsm dan potong secara manual. Pisau pula perlu tembus 2 lapis kertas. Memang sakit jari-jemari dibuatnya. Hehe. Kalaulah ade mesin die cut tak pun plotter n cutter ke.. Satu lagi masalah, untuk potong bahagian melengkung pada huruf. Memang menguji tahap staminaku.hehe
Then kena sediakan potongan bentuk bangunan. Kerja ini agak mudah. Download saja gambar building silhouette, print dan potong. Untuk base, saya gunakan warna putih untuk menampakkan kontra warna yang jelas, selain untuk menampakkan ciri ekslusif sebab kad ini untuk syarikat.
Muka depan? saya biar saja kosong. Sebab adik saya kata untuk display, so tak payah buat muka depan.
Okeh. itu sahaja untuk minggu ini.
2 comments:
hola,,, nak berkenalan blh?
saya ni peminat kad... add lah kat facebook saya.... admiz89@gmail.com... tapi send mesej dulu... pasal saya tak add org yg tak kenal heheh sori.. sebab saya pun pembuat kad.
Post a Comment