18 December 2009

POP UP CARD: SPECIAL EDITION

Pop up card ini ditempah oleh Gee Cantik. Katanya untuk diberi pada kawan sempena hari lahir. Tetapi beliau mahukan kelainan dan meminta untuk dibuat kad yang bersaiz besar. Dalam kad ini, saya menggabungkan elemen gerbang cinta dan meletakkan inlay pada bahagian kanan. Ditengah-tengah pula, saya masukkan elemen spinning heart dengan tulisan happy birthday.

Pink rose akan pop up apabila inlay pada bahagian kanan dibuka dan ini menambahkan unsur kejutan dan ditambah dengan dekorasi pucuk menjalar bewarna merah dan merah hati.

Sukar juga untuk menepati citarase Gee, kerana beliau merupakan pereka graphic disebuah syarikat penerbitan yang tersohor. Setiap perincian dan kekemasan dititik beratkan, dan syukur beliau menerima kad ini tanpa banyak soal. Hehe.

No comments: