28 December 2009

Selamat Pengantin Baru & Happy Birthday Pop Up Card

Ahad lepas, saya habiskan masa dengan memenuhi tempahan dari Chi-chi yang telah menempah dua kad; kad ucapan selamat pengantin baru dan kad ucapan birthday.


Untuk kad ucapan selamat pengantin baru, saya mengambil masa sedikit untuk mereka artwork pengantin, selain mengubah suai rotary mechanism bagi menepati saiz artwork tersebut. Saya memilih bentuk love bewarna merah jambu sebagai latar dan tulisan selamat pengantin baru pada bahagian tengah.

Saya memilih tema sama seperti kad 'Mista Froggy the frog" dengan melekatkan latar merah hati pada base kad yang bewarna coklat. Artwork tersebut mungkin lebih cantik jika diwarnakan, tapi malang, ink warna untuk printer saya telah kehabisan dan tidak sempat untuk dibeli. Huhu.


Untuk kad kedua, Chi-chi mahukan kad ucapan selamat hari lahir dengan tema spiderman dan ultraman. Saya menggunakan asas rotary mechanism yang sama dan meletakkan artwork spiderman dan ultraman yang saya cilok dari internet. Heheh. Sungguh tidak beretika tapi apakan daya kerana bakatku untuk melukis spiderman amatlahh terbatasss. Ultraman ok lagi. Hehe. Pada bahagian tengah, saya lekatkan ucapan Happy Birthday to IRFAN KHAN (yess, hepi besday to you!)Untuk fornt cover, saya gunakan artwork kek dengan ultraman kenit ditengah-tengah, sebab Irfan sangat obses dengan ultraman. (Irfan baru berumur 3 tahun lebih kalau tak silap).

So, semoga Chi-chi suka dengan kad-kad di atas. Dan selamat pengantin baru dan juga Hepi Birthday! =)

2 comments:

geecantik said...

I love it. Congrats belalang...

Anonymous said...

boleh berkenalan?