28 December 2009

Selamat Pengantin Baru & Happy Birthday Pop Up Card

Ahad lepas, saya habiskan masa dengan memenuhi tempahan dari Chi-chi yang telah menempah dua kad; kad ucapan selamat pengantin baru dan kad ucapan birthday.


Untuk kad ucapan selamat pengantin baru, saya mengambil masa sedikit untuk mereka artwork pengantin, selain mengubah suai rotary mechanism bagi menepati saiz artwork tersebut. Saya memilih bentuk love bewarna merah jambu sebagai latar dan tulisan selamat pengantin baru pada bahagian tengah.

Saya memilih tema sama seperti kad 'Mista Froggy the frog" dengan melekatkan latar merah hati pada base kad yang bewarna coklat. Artwork tersebut mungkin lebih cantik jika diwarnakan, tapi malang, ink warna untuk printer saya telah kehabisan dan tidak sempat untuk dibeli. Huhu.


Untuk kad kedua, Chi-chi mahukan kad ucapan selamat hari lahir dengan tema spiderman dan ultraman. Saya menggunakan asas rotary mechanism yang sama dan meletakkan artwork spiderman dan ultraman yang saya cilok dari internet. Heheh. Sungguh tidak beretika tapi apakan daya kerana bakatku untuk melukis spiderman amatlahh terbatasss. Ultraman ok lagi. Hehe. Pada bahagian tengah, saya lekatkan ucapan Happy Birthday to IRFAN KHAN (yess, hepi besday to you!)Untuk fornt cover, saya gunakan artwork kek dengan ultraman kenit ditengah-tengah, sebab Irfan sangat obses dengan ultraman. (Irfan baru berumur 3 tahun lebih kalau tak silap).

So, semoga Chi-chi suka dengan kad-kad di atas. Dan selamat pengantin baru dan juga Hepi Birthday! =)

25 December 2009

MECHANICAL CARD: FROGGY THE FROG!

Jenis: Mechanical card
Kod kad: MF001
Saiz kad: A5 (folded A4)
Tebal: 180gsm
Harga: RM 5.50
Kali ini Belalang Studio menampilkan kad mekanikal "Mista Froggy the Frog." Hehe. Lama juga masa diambil untuk design dan drafkan kad ini. Bahagian yang sukar adalah untuk mereka mekanism kad ini.Design kad ini ringkas. Saya gunakan imej katak yang comel ini sebagai elemen utama berlatarkan warna merah dan coklat.

Istimewanya kad ini, adalah pada mekanism mekanikal yang menjadi kerangka utama. Ringkasnya, apabila tab ditarik ke bawah, callout dengan tulisan "Thinking of You" pada bahagian atas akan 'hilang' dan pada masa yang sama, bentuk hati bewarna merah akan pop out dari tangan Mista Frog.

Itu sahaja. InsyaAllah, Belalang Studio akan kembali dengan lebih banyak design-design terbaru. Hehe


Untuk preview macamana rupanya mechanical card ni, sila lihat animated gif dibawah :)

Photobucket

18 December 2009

POP UP CARD: SPECIAL EDITION

Pop up card ini ditempah oleh Gee Cantik. Katanya untuk diberi pada kawan sempena hari lahir. Tetapi beliau mahukan kelainan dan meminta untuk dibuat kad yang bersaiz besar. Dalam kad ini, saya menggabungkan elemen gerbang cinta dan meletakkan inlay pada bahagian kanan. Ditengah-tengah pula, saya masukkan elemen spinning heart dengan tulisan happy birthday.

Pink rose akan pop up apabila inlay pada bahagian kanan dibuka dan ini menambahkan unsur kejutan dan ditambah dengan dekorasi pucuk menjalar bewarna merah dan merah hati.

Sukar juga untuk menepati citarase Gee, kerana beliau merupakan pereka graphic disebuah syarikat penerbitan yang tersohor. Setiap perincian dan kekemasan dititik beratkan, dan syukur beliau menerima kad ini tanpa banyak soal. Hehe.

11 December 2009

POP UP CARD: ROSE (SPECIAL DEDICATION)

Jenis: Pop up card
Kod kad: HRP01 (pink rose), HRW01 (White rose)
Saiz kad: A5 (folded A4)
Tebal: 180gsm
Harga: RM 5.50

Bunga ros antara bunga yang paling popular, yang selalunya menjadi dedikasi untuk seseorang, samada sahabat, keluarga atau teman istimewa.

Jadi, dalam kad pop up kali ini, Pak Belalang gunakan elemen bunga ros di tengah-tengah. Pop up kad ini mempunyai dua versi, ros pink dan putih.

Ros pink belatarkan dasar kad bewarna putih, manakala ros putih dengan latar bewarna coklat, bagi menampakkan contrast warna.
Pop up kad ini agak ringkas bagi menyerlahkan keunikkan bunga rose yang 'pop up' apabila kad dibuka. Kad ini sesuai untuk sebarang dedikasi tak kira samada sambutan hari lahir atau dedikasi ringkas untuk yang tersayang.Front cover ringkas saja. Hehe. Jadi, kalau berminat, silalah order!

08 December 2009

Gerbang Cinta: Menzahirkan Perasaan Anda








Saiz kad: A5 (Folded A4)
Ketebalan kad: 180gsm
Jenis kad: Handmade Pop up Card
Kod Kad: HC001
Harga: RM 15.00

Pop up card ini Pak Belalang reka khusus untuk anda yang inginkan suatu kelainan. Bagi Pak Belalang, kad ini istimewa kerana elemen pop up atau kejutannya merupakan adaptasi gerbang bunga yang ditengahnya Pak Belalang letakkan bentuk hati (juga pop up).

Kad ini sesuai untuk diberikan pada yang teristimewa. Pada bahagian tengah, Pak Belalang letakkan puisi karya Rick Martens. Puisi itu sangat cantik bagi Pak Belalang kerana berupa apresiasi indah untuk seseorang.

"You are my best friend.
You are my lover.
You are my dreams come true.
You are my shelter, my cover.

You are my sun in the sky.
You are my moonlight at night.
You are all the good in the world.
You are all that is right.

You are all that I see.
You are all that I feel.
You are all that I need.
You are all that is real



Terdapat ruang untuk anda tuliskan kata-kata istimewa untuk si dia (jiwang2 =))



*Video kad ini bakal menyusul




06 December 2009

PESANAN & PEMBAYARAN

Pesanan
1. Untuk membuat pesanan, sila isikan maklumat pesanan anda dalam borang yang disediakan. Sila pastikan maklumat yang diisi betul dan tepat.

2. Pesanan anda akan diproses dalam tempoh seminggu

Pembayaran
1. Sila buat pembayaran setelah membuat pesanan.
2. Pembayaran boleh dibuat melalui bank deposit atau online transfer. Maklumat akaun dan perincian pembayaran akan dihantar kepada anda melalui e-mail.
3. Sila maklumkan jika anda telah membuat pembayaran dan kepilkan bukti transaksi bersama-sama.
4. Pihak Belalang's Studio hanya akan memproses pesanan anda setelah pembayaran dibuat.