04 July 2010

Birthday card

Oh.sangat lama blog ini tidak di update. Terlalu banyak perkara baru berlaku maka terpaksa saya memperlahankan aktiviti memotong dan menggunting kertas ni.hehe. Tapi ada juga beberapa kad yang sy buat sepanjang menyepi tu.

Pening juga kepala saya untuk fikirkan design yang sesuai, sebab saya ingin cuba mereka design yang baru. Jadi, pikir punya pikir, dapat idea dari pop up book, terus design pop card ini.
Gambar ini ihsan sumbangan Cik Murni sendiri sebab saya terlalu kelam kabut untuk mengejar dateline, terus terlupa untuk snap gambar kad ini. Jadi, mungkin anda tak dapat menghayati la pop up card ini. hehe. nanti saya cuba dapatkan videonya.

Kad ini menggunakan motif daunan hijau, dengan bunga merah dan merah hati. Base bewarna cream dan saya terpaksa layerkan 2 kali corak2 bunga dan daun supaya tak tercabut nanti.


Ok.itu sahaja. Quick update from me =) Salaam to everyone!

1 comment:

Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...