15 January 2010

Special Entry: Card from Zliah

Lama sudah saya tak update blog ni. Agak sibuk dengan pelbagai perkara. Anyway, beberapa hari lepas, saya telah menerima kad dari Zliah' s Card, hasil menjadi 10 follower terawal blog Zliah. Siyesly, agak terkejut juga masa dapat kad tu, sebab sampulnya tertulis Sek Agama Menengah Tinggi.hehe. Ingat Ustaz mana laa yang hantar.
Buka sampul, then rupanya kad dari Zliah. Excited sangat dan rupanya saya dapat kad bewarna hijau dengan dekorasi merah hitam di depan. Teruja sekejap melihat ketelitian Zliah buat kad itu. Ye lah, 'foam' merah tu dipotong kecil-kecil then ditampal sehingga membentuk corak. So sape kata handmade card ni senang kan?huhu
Kad Zliah ni adalah jenis pop up kad. Yup pop up kad semakin digemari sekarang. Zliah 'pop up' kan burung hantu yang cute pada bahagian tengah. Ibu saya pun suka burung hantu dalam kad Zliah ni. Comel kata dia. Terima kasih sangat-sangat kepada Zliah untuk kad ni. Nampak ringkas, tapi hanya mereka yang pernah cuba membuat sahaja tahu bagaimana rasa membuat card sendiri. Bagi free pulak tu. Hehe. Dan untuk Zliah, saya ada membuat sesuatu untuk membalas kad ini. Orang memberi, kita merasa, ye tak? Hehe. So zliah, nantikan sesuatu di peti surat anda ok. Bagi mereka yang ingin mendapatkan kad Zliah, boleh ke blognya. Macam-macam ada. Again, thanks a lot untuk kad ini ye=)



*Objek di atas bukan kuih, tapi adalah gift untuk Zliah tanda penghargaan dari Belalang's Studio. hehe

2 comments:

zliah said...

sukaaaaa sgt2. tenkiuuuuuu :D


-zliah-

Cerita aku said...

hehe.ur welcome!